awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok

Amanz
Amanz
13/11/2024
03:00 MYT
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Trump dipercayai masih berdendam dengan Meta kerana mengharamkan akaun Facebook dan Instagram beliau pada tahun 2020 kerana menggesa pengikut melakukan rusuhan 6 Januari. - Gambar fail
KEMENANGAN Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat mungkin akan turut menguntungkan TikTok.
Menurut The Washington Post, pentadbiran presiden ke-47 Amerika bercadang untuk tidak meneruskan usaha pentadbiran Joe Biden untuk mengharamkan platform yang digunakan lebih 180 juta pengguna di negara tersebut.
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok. Ini menurut beliau hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Trump dipercayai masih berdendam dengan Meta kerana mengharamkan akaun Facebook dan Instagram beliau pada tahun 2020 kerana menggesa pengikut melakukan rusuhan 6 Januari.
Sekiranya janji ditepati, ia adalah antara keputusan aneh yang dilakukan Trump.
Semasa kali pertama menjadi presiden, beliau yang memaksa Bytedance memindahkan data pengguna Amerika ke pelayar milik Oracle.
Beliau juga memaksa sebahagian perniagaan dijual kepada entiti Amerika Syarikat.
Pentadbiran Biden mengambil langkah lebih drastik dengan memberikan Bytedance sehingga Januari 2025 untuk menjual sepenuhnya perniagaan TikTok sekiranya ingin terus beroperasi di Amerika.
Langkah dipercayai didorongi oleh TikTok yang menghasilkan kandungan tidak selari dengan polisi negara seperti konflik Gaza dan ditakuti menjadi medium penyebaran propaganda China.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#TikTok
#Meta
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan