awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump hancurkan kredibiliti AS - Palestin

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2017
23:53 MYT
Trump hancurkan kredibiliti AS - Palestin
Abbas berkata, pimpinan Palestin akan bertemu dengan pimpinan negara Arab yang lain pada hari-hari akan datang dalam menentukan respon terhadap pengumuman dibuat Trump. REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah memusnahkan kredibiliti negaranya sebagai pihak yang membawa keamanan di Timur Tengah.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata demikian menerusi televisyen sambil menegaskan keputusan Trump itu adalah untuk mencetuskan konflik di rantau itu kepada perang agama.
"Langkah-langkah ini, yang kami tolak dan enggan terima, mencipta kekangan yang sengaja diadakan terhadap semua usaha ke arah mewujudkan keamanan.
"Ia juga mencerminkan penarikan diri Amerika Syarikat dari peranan yang telah dipegangnya pada masa lalu dalam mengawasi proses perdamaian," kata Abbas.
Donald Trump pada Rabu mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
BACA: Suara dari Tel Aviv: Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, AS cari pasal
Dengan pengiktirafan tuntutan Israel terhadap Baitulmaqdis, Trump dilihat sebagai berpihak kepada Israel berhubung isu sensitif dalam konflik itu.
Abbas memaklumkan, pimpinan Palestin akan bertemu dengan pimpinan negara Arab yang lain pada hari-hari akan datang dalam menentukan respon terhadap isu ini.
Topic Berkaitan
#abbas
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#Israel
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan