awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump kutuk serbuan FBI seperti 'memburu ahli sihir'

Agensi
Agensi
10/04/2018
03:02 MYT
Trump kutuk serbuan FBI seperti 'memburu ahli sihir'
Trump menyifatkan siasatan Mueller itu sebagai 'satu serangan terhadap negara.' - Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengutuk serbuan yang dilakukan ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di pejabat peguam peribadinya, Michael Cohen.
Beliau menggambarkan tindakan itu seperti satu 'witch hunt' atau langkah memburu ahli sihir dan satu kecaman ke atas negaranya.
“Kami sudah serahkan banyak dokumen kepada pasukan peguam khas, tetapi mereka tetap memburu kami dengan cara ini.
“Ia sangat memalukan, dan tidak adil terhadap kami,” kata Trump pada satu sidang media di sini pada Isnin.
Menurut peguam Cohen, Stephen Ryan, serbuan itu dilakukan FBI atas arahan Robert Mueller yang sedang menjalankan siasatan khas terhadap kes penglibatan Rusia dalam pilihan raya presiden AS pada 2016.
Dalam serbuan itu, beberapa dokumen telah dirampas, termasuk berhubung AS$130,000 yang dikatakan dibayar kepada pelakon lucah yang didakwa menjalinkan hubungan dengan Trump, lebih satu dekad lalu.
Trump juga menyifatkan siasatan Mueller itu sebagai "satu serangan terhadap negara kita."
Topic Berkaitan
#AS
#Cohen
#Donald Trump
#FBI
#kutuk
#peguam
#Robert Mueller
#Rusia
#serangan
#sihir
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan