awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump rugi AS$1.1 bilion sejak September apabila harga saham syarikatnya menjunam - Laporan

Bernama
Bernama
23/11/2025
10:20 MYT
Trump rugi AS$1.1 bilion sejak September apabila harga saham syarikatnya menjunam - Laporan
Menurut Forbes, nilai kekayaan bersih pemimpin AS itu susut kepada AS$6.2 bilion, berbanding AS$7.3 bilion pada September tahun ini. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kerugian AS$1.1 bilion sejak September akibat kejatuhan harga saham syarikatnya, Trump Media and Technology Group (TMTG), menurut Forbes.
Menurut penerbitan itu, nilai kekayaan bersih pemimpin AS itu susut kepada AS$6.2 bilion, berbanding AS$7.3 bilion pada September tahun ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menjelang September, kekayaan bersih Trump meningkat sebanyak A$3 bilion sejak awal tahun, menempatkannya di kedudukan ke-201 dalam senarai Forbes bagi 400 individu terkaya di AS, naik 118 tangga daripada senarai 2024, menurut majalah itu.
Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelaburan keluarga Trump dalam mata wang kripto.
Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa presiden itu sebelum ini mengumumkan pemindahan pegangan sahamnya dalam TMTG, yang antara lain memiliki platform Truth Social, kepada sebuah dana amanah yang dikawal oleh anaknya, Donald Trump Jr.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#nilai kekayaan
#saham menjunam
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan