awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tandatangan perintah eksekutif galak eskport dron AS, longgarkan sekatan

Bernama
Bernama
07/06/2025
01:40 MYT
Trump tandatangan perintah eksekutif galak eskport dron AS, longgarkan sekatan
Perintah mengenai dron merupakan satu daripada empat perintah eksekutif yang ditandatangani Trump pada hari sama. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi melonggarkan sekatan terhadap penggunaan dron buatan Amerika dan menggalakkan eksportnya, ketika negara itu berdepan persaingan sengit daripada China.
Perintah itu yang ditandatangani pada Jumaat, mengarahkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mempercepatkan peraturan baharu bagi membenarkan dron digunakan melepasi jarak penglihatan pengendali untuk tujuan komersial dan keselamatan awam.
Ia turut mengarahkan FAA menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mempercepatkan proses semakan bagi pengecualian penggunaan dron.
Menurut White House, langkah ini bertujuan menyokong industri dron AS dengan mempromosikan eksport dan melindungi teknologi utama daripada pengaruh serta eksploitasi asing.
Perintah mengenai dron merupakan satu daripada empat perintah eksekutif yang ditandatangani Trump pada hari sama.
Satu lagi perintah eksekutif menamatkan larangan berdekad-dekad lamanya terhadap penerbangan pesawat supersonik merentasi daratan.
Ia mengarahkan pembangunan piawaian pensijilan baharu terhadap bunyi bising, bagi membantu syarikat AS kembali mendahului dalam teknologi penerbangan supersonik.
White House menyatakan perintah itu akan menyelaras penyelidikan dan ujian melalui Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan yang diketuai Pejabat Dasar Sains dan Teknologi.
Dua lagi perintah eksekutif pula memberi tumpuan kepada pengukuhan keselamatan siber AS dan perlindungan ruang udara negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#perintah eksekutif
#eksport dron
#FAA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami