awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh cedera jet pejuang terhempas

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2022
02:31 MYT
Tujuh cedera jet pejuang terhempas
Kapal USS Carl Vinson ketika berlabuh di sebuah pelabuhan di Danang, Vietnam. - Foto REUTERS
TUJUH anak kapal dilaporkan cedera selepas sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di atas kapal induk pesawat udara.
Kejadian berlaku semasa satu operasi dijalankan tentera laut negara itu di Laut China Selatan pada Isnin, lapor news.com.au.
Pesawat F-35C Lightning II dilaporkan cuba mendarat di atas kapal USS Carl Vinson sebelum terhempas, kata pegawai komunikasi US Pacific Fleet.
"Juruterbang jet pejuang tersebut berjaya melentingkan diri daripada pesawat berkenaan dan diselamatkan menggunakan helikopter tentera Amerika Syarikat.
"Ketika ini, juruterbang tersebut berada dalam keadaan stabil," katanya.
Tiga daripada anak kapal yang cedera dibawa ke Manila, Filipina untuk menerima rawatan lanjut manakala empat yang lain dirawat di atas kapal berkenaan.
"Ketiga-tiga anak kapal dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya lagi.
Punca kejadian masih disiasat dan ketika ini masih tidak dapat dipastikan jika jet pejuang tersebut terjatuh ke dalam laut atau masih berada di atas kapal berkenaan.
Topic Berkaitan
#jet pejuang
#terhempas
#cedera
#uss carl vinson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan