awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunang Jamal Khashoggi tuntut ketelusan Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2018
23:23 MYT
Tunang Jamal Khashoggi tuntut ketelusan Arab Saudi
Hatice Cengiz ketika ditemu bual Reuters di London, 29 Okt, 2018. REUTERS
Riyadh didakwa bertanggungjawab atas kematian wartawan kanan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, pada 2 Oktober lepas.
Dakwaan dibuat tunangnya, Hatice Cengiz, yang turut menuntut kerajaan Arab Saudi tampil dengan kenyataan berasas bagi membantu kes pembunuhan berprofil tinggi itu.
"Kejadian berlaku di dalam premis diplomatik Arab Saudi. Dalam keadaan begini, sudah tentu pihak berkuasa Arab Saudi yang bertanggungjawab," katanya.
Hatice berkata demikian dalam temu bual terbaharunya bersama Reuters di London.
Antara lain, Hatice turut mengkritik campur tangan Presiden Donald Trump dalam kes tersebut, sambil menyifatkan ia dipengaruhi hubungan perniagaan antara Amerika Syarikat dan Riyadh semata-mata.
"Saya kecewa dengan tindakan pemimpin di beberapa negara, khususnya Amerika Syarikat.
"Presiden Trump sepatutnya membantu membongkar kebenaran dan memastikan keadilan ditegakkan.
"Dia tidak sepatutnya membuka jalan untuk melindungi kes pembunuhan tunang saya.
"Jangan biarkan wang merosakkan hati nurani kita dan menjejaskan nilai murni kita," kata Hatice.
Khashoggi, kolumnis The Washington Post yang hidup dalam buangan di Virginia, Amerika Syarikat sejak 2017, dilaporkan dibunuh di bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.
Susulan pembunuhan itu, 18 suspek warganegara Turki ditahan pihak berkuasa Arab Saudi bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Donald Trump
#Hatice Cengiz
#Istanbul
#Jamal Khashoggi
#London
#Pembunuhan
#siasatan
#tunang
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan