awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan di Bangkok bertukar ganas

Bernama
Bernama
20/03/2021
16:23 MYT
Tunjuk perasaan di Bangkok bertukar ganas
Polis rusuhan dengan pelindung dilihat menolak penunjuk perasaan antikerajaan dan menghalang mereka daripada menghampiri Istana Besar.- Gambar/ Reuters
BANGKOK: Tunjuk perasaan antikerajaan di Thailand bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan orang ramai yang berhimpun berhampiran Istana Besar di Bangkok pada Sabtu malam.
Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 30 orang mengalami kecederaan dan sekurang-kurangnya lima orang telah ditahan.
Terdahulu, para penunjuk berhimpun di Sanam Luang, yang juga dikenali sebagai Padang Diraja berhampiran Istana, untuk menerbangkan layang-layang tertera imej pemimpin tunjuk perasaan yang telah dipenjara.
Bagaimanapun, beberapa pergelutan berlaku semasa penunjuk perasaan membuang kontena kapal yang menghalang mereka daripada berarak ke Istana.
Mereka turut melempar botol air dan objek ke arah polis rusuhan yang berada di belakang kontena kapal.
Polis rusuhan kemudian melepaskan tembakan meriam air dari belakang kontena kapal untuk menyuraikan mereka.
Polis rusuhan dengan pelindung dilihat menolak penunjuk perasaan antikerajaan dan menghalang mereka daripada menghampiri Istana Besar.
Keadaan menjadi semakin kecoh apabila berlaku pergelutan antara polis dan penunjuk perasaan.
Penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun bagi menuntut polis membebaskan pemimpin mereka yang didakwa mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan negara itu, juga dikenali sebagai lese-majeste, kerana menghina monarki.
Selain itu, tunjuk perasaan tersebut turut diadakan selepas parlimen yang bersidang minggu ini gagal meluluskan rang undang-undang bagi meminda perlembagaan iaitu antara tuntutan penunjuk perasaan.
Sejak pertengahan Julai tahun lepas, penunjuk perasaan antikerajaan telah berhimpun di Bangkok dan bandar lain untuk mengulangi tuntutan mereka terhadap perubahan politik termasuk pengunduran perdana menteri, pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi monarki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Thailand
#tunjuk perasaan
#bertukar ganas
#polis
#rusuhan
#meriam air
#gas pemedih mata
#peluru getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan