awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uganda berkata keputusan hakimnya di ICJ yang memihak kepada Israel tidak mewakili pendiriannya

Bernama
Bernama
27/01/2024
07:39 MYT
Uganda berkata keputusan hakimnya di ICJ yang memihak kepada Israel tidak mewakili pendiriannya
Pada Jumaat, ICJ mendapati dakwaan Afrika Selatan bahawa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah munasabah dan perlu menghentikannya. - Gambar fail/Reuters
KAMPALA: Uganda pada Jumaat berkata pendirian hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Julia Sebutinde dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan perang di Semenanjung Gaza, tidak mewakili pendirian negara itu.
Sebutinde, warga Uganda, mengundi menentang kesemua enam langkah ICJ. Beliau kini menghadapi kemarahan dunia.
"Keputusan hakim Sebutinde di ICJ tidak mewakili pendirian Kerajaan Uganda mengenai situasi di Palestin," lapor Agensi Anadolu memetik Wakil Tetap Uganda ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Adonia Ayebare, di X.
"Sokongan Uganda terhadap nasib rakyat Palestin aalah jelas melalui corak pengundian kami di PBB," katanya.
Afrika Selatan mengheret Israel ke ICJ yang berpangkalan di The Hague pada 29 Dis atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Pada Jumaat, ICJ mendapati dakwaan Afrika Selatan bahawa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah munasabah dan perlu menghentikannya.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah sementara menggesa Israel berhenti menghalang penghantaran bantuan ke Gaza dan memperbaiki keadaan kemanusiaan di wilayah itu.
Sebutinde merupakan hakim tunggal yang menentang perintah darurat terhadap Israel.Namun, di sebalik undiannya, mahkamah PBB itu tetap mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai di kawasan yang dikepung itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#ICJ
#Palestin
#Israel
#Gaza
#Afrika Selatan
#Uganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan