awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uganda nafi capai persetujuan dengan AS untuk terima warga asing diusir

Bernama
Bernama
20/08/2025
20:00 MYT
Uganda nafi capai persetujuan dengan AS untuk terima warga asing diusir
Henry Okello Oryem memberitahu bahawa Uganda tidak pernah memeterai perjanjian pengusiran dua hala dengan AS dan tidak mempunyai kapasiti untuk menempatkan warga asing yang diusir itu. - Reuters
KAMPALA (Uganda): Uganda pada Rabu menafikan laporan bahawa Kampala telah mencapai persetujuan dengan Washington untuk menerima warga asing yang diusir dari Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menteri Hal Ehwal Luar Uganda Henry Okello Oryem memberitahu Anadolu bahawa negara Afrika Timur itu tidak pernah memeterai perjanjian pengusiran dua hala dengan AS dan tidak mempunyai kapasiti untuk menempatkan warga asing yang diusir itu.
"Setakat pengetahuan saya, kami tidak pernah mencapai perjanjian sedemikian," kata menteri itu kepada Anadolu.
"Kami tidak mempunyai kapasiti untuk menempatkan warga asing yang diusir dari Amerika Syarikat ke Uganda," tambahnya.
Pada Selasa, CBS News melaporkan bahawa Uganda telah bersetuju dengan kerajaan AS untuk menerima migran dari Afrika dan Asia yang diusir selepas memohon suaka di sempadan AS-Mexico.
Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga negara Afrika - Sudan Selatan, Rwanda dan Eswatini - telah bersetuju untuk menerima migran yang diusir dari AS.
Bulan lepas, AS menghantar 13 individu yang disifatkannya sebagai penjenayah berbahaya dan berada di AS secara haram ke Sudan Selatan dan Eswatini.
Pentadbiran Trump berhasrat untuk mengusir jutaan pendatang di AS ke negara ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Uganda
#warga asing diusir
#perjanjian
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan