awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian peluru berpandu antisatelit Rusia ancam keselamatan

Bernama
Bernama
16/11/2021
21:00 MYT
Ujian peluru berpandu antisatelit Rusia ancam keselamatan
Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace mengkritik ujian peluru berpandu antisatelit Rusia kerana ia menunjukkan pengabaian sepenuhnya terhadap keselamatan dan kestabilan di angkasa lepas. - Foto REUTERS
LONDON: Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace mengkritik ujian peluru berpandu antisatelit Rusia kerana ia menunjukkan pengabaian sepenuhnya terhadap keselamatan dan kestabilan di angkasa lepas, lapor Sputnik.
"Ujian peluru berpandu antisatelit Rusia ini menunjukkan pengabaian keselamatan, jaminan dan kelestarian ruang angkasa. Serpihan yang terhasil daripada ujian ini akan kekal di orbit yang merisikokan satelit dan penerbangan angkasa lepas manusia pada masa akan datang," menurut Kementerian Pertananan United Kingdom (UK) memetik ciapan Wallace.
Pada Isnin, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Ned Price mendakwa Rusia "secara melulu" menjalankan ujian itu yang didakwa menghasilkan lebih 1,500 keping serpihan orbit yang boleh mengancam kepentingan semua negara, menurut kenyataan itu.
Menurut Jabatan Negara AS ujian itu boleh meningkatkan risiko kepada angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), serta aktiviti penerbangan angkasa lepas manusia yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ujian Peluru Berpandu
#peluru berpandu antisatelit Rusia
#ancam keselamatan
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan