awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulama 20 negara seru tangani masalah perubahan iklim

Agensi
Agensi
19/08/2015
03:40 MYT
Ulama 20 negara seru tangani masalah perubahan iklim
Deklarasi simposium itu juga menyeru 1.6 bilion umat Islam dunia untuk berjuang melawan perubahan iklim berdasarkan perintah Allah dalam al-Quran. - Gambar hiasan
Para pemimpin Islam dari 20 negara sepakat membuat deklarasi bersama bagi menyeru umat Islam seluruh dunia memberi perhatian serius tentang masalah perubahan iklim, lapor portal berita Bloomberg.
"Spesies kita, walaupun telah dilantik menjadi penjaga atau khalifah di muka bumi, telah menjadi penyebab salah laku dan kemusnahan," ujar mereka dalam satu kenyataan.
Antara penyokong intipati Simposium Islamik Tentang Perubahan Iklim itu turut melibatkan para mufti negara dari Uganda dan Lubnan serta wakil-wakil kerajaan dari Turki dan Maghribi.
Selain menyentuh soal penyelidikan perubahan iklim, deklarasi itu memberi tekanan kepada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim untuk menetapkan matlamat yang jelas.
Antara lain, mereka meminta negara-negara kaya dan pengeluar minyak untuk mengurangkan pembebasan gas rumah kaca dan menghentikan sama sekali produksi bahan bakar fosil pada tahun 2050.
Seruan itu juga meminta semua negara mengalih 100 peratus kebergantungan kepada bahan bakar yang boleh diperbaharui dan menyusun strategi pembebasan gas sifar.
Kenyataan tersebut juga menyeru 1.6 bilion umat Islam dunia untuk berjuang melawan perubahan iklim berdasarkan perintah Allah dalam al-Quran iaitu untuk 'tidak berlaku sombong di atas muka bumi'.
Pada masa yang sama, deklarasi itu juga mengakui peranan penting komuniti agama lain dalam mendepani isu perubahan iklim.
"Kami menyeru semua kumpulan untuk bersama kami dalam satu kolaborasi, kerjasama dan persaingan sihat dalam tujuan ini. Kami juga mengalu-alukan sumbangan berkaitan daripada agama-agama lain kerana kita semua boleh menjuarai isu ini bersama.
"Jika kita masing-masing menawarkan yang terbaik berdasarkan tradisi, kita mungkin menemui jalan keluar dari permasalahan ini," ujar kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Islam
#Muslim
#PBB
#pemanasan global
#perubahan iklim
#simposium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan