awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular 'berkampung' di bawah rumah di Amerika Syarikat

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
21/03/2019
01:12 MYT
Ular 'berkampung' di bawah rumah di Amerika Syarikat
Nathan Hawkins berjaya menangkap 45 ekor ular orok-orok di bawah rumah itu, dengan hanya berbekal lampu suluh, sepasang pengepit ular dan kamera telefon bimbit. Foto Facebook Nathan Hawkins/Big Country Snake Removal
SEORANG penduduk di Texas menemui 45 ekor ular orok-orok di bawah rumahnya selepas pada mulanya melaporkan kepada pakar penangkap ular terdapat beberapa ekor reptilia itu di rumahnya.
Kehadiran ular-ular itu hanya disedari selepas tuan rumah itu merangkak ke bahagian bawah rumahnya kerana mengalami gangguan pada perkhidmatan televisyen kabelnya akibat angin kuat.
Ketika itu, dia menyedari kehadiran ular-ular tersebut dan segera menghubungi pihak Big Country Snake Removal.
Pemilik Big Country Snake Removal, Nathan Hawkins, kemudiannya berjaya menangkap 45 ekor ular orok-orok di bawah rumah itu, dengan hanya berbekal lampu suluh, sepasang pengepit ular dan kamera telefon bimbit.
Kehadiran tetamu tidak diundang ini dipercayai disebabkan cuaca panas melampau.
Pihak berkuasa hidupan liar tempatan melaporkan, kira-kira 7,000 orang digigit ular berbisa setiap tahun di Amerika Syarikat, tetapi sangat sedikit yang membawa maut.
Menurutnya, secara purata, satu hingga dua orang maut di Texas setiap tahun akibat digigit ular berbisa.
Di Malaysia juga, cuaca panas keterlaluan dikaitkan sebagai faktor yang menyebabkan ular keluar dari habitat mereka.
Sebagai contoh, kes tangkapan ular di sekitar daerah Kuala Muda, Kedah, dilaporkan meningkat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Peningkatkan ini, menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (Pertahanan Awam), Azahar Ahmad, berkait rapat dengan keadaan cuaca yang terlalu panas.
Di Terengganu pula, seorang gadis berusia 18 tahun berdepan detik ngeri selepas nyaris dibelit seekor ular sawa yang dianggarkan seberat 26 kilogram dalam kejadian di Flat Program Perumahan Rakyat pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#cuaca panas
#Kedah
#Malaysia
#rumah
#terengganu
#Texas
#ular
#ular berbisa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan