awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Singapura, Thailand, Kemboja sambut Aidilfitri 31 Mac

Bernama
Bernama
30/03/2025
14:07 MYT
Umat Islam di Singapura, Thailand, Kemboja sambut Aidilfitri 31 Mac
Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja turut mengumumkan bahawa umat Islam di sana akan meraikan Aidilfitri pada 31 Mac.
SINGAPURA: Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan bahawa umat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac).
Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Ahad.
"Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kiraan imkanur rukyah yang dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS (Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura) anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 48 minit setelah matahari terbenam petang tadi.
"Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Syawal pada tahun 1446H jatuh pada esok, hari Isnin bersamaan 31 Mac 2025," katanya.
Beliau turut berharap umat Islam dianugerahkan keberkatan dan kemenangan hasil dari segala amal ibadah dan kebajikan yang telah diusahakan mereka sepanjang Ramadan lalu.
Sementara itu, umat Islam di Thailand juga akan menyambut Aidilfitri pada Isnin.
Sheikhul Islam Thailand, Arun Boonchom mengisytiharkan tarikh itu menerusi siaran langsung di televisyen, radio dan media sosial pada Ahad.
Di Kemboja, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam negara itu turut mengumumkan bahawa umat Islam di sana akan meraikan Aidilfitri pada 31 Mac.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh pengerusi majlis merangkap Mufti Besar Kemboja, Kamaruddin Yusof, dengan kira-kira 300,000 umat Islam dijangka menyambut perayaan istimewa itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Umat Islam
#Aidilfitri
#Singapura
#Thailand
#Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan