awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umpan telefon untuk rogol anak kandung

Agensi
Agensi
09/04/2018
04:33 MYT
Umpan telefon untuk rogol anak kandung
Suspek mengaku terangsang selepas menonton video lucah di rumah dan tidak dapat mengawal nafsunya. -Gambar fail
Seorang lelaki di Indonesia ditahan pihak berkuasa setelah didakwa merogol anak kandungnya sendiri hanya dengan mengumpan gadis itu sebuah telefon bimbit berjenama.
Polis berkata dalam kejadian di Kecamatan Manggis Koto Selayan (MKS), Bukittinggi, Sumbar, ketika kejadian mangsa tinggal sendirian dengan ayahnya setelah ibunya keluar berniaga.
Hasil soal siasat, suspek mengaku terangsang selepas menonton video lucah di rumah dan tidak dapat mengawal nafsunya.
Menurut pegawai penyiasat kes, suspek kemudian ternampak anak gadis sedang tidur di dalam bilik lalu cuba memperkosanya.
Gadis yang baru berusia 15 tahun itu pada mulanya menolak ajakan si ayah, namun setelah dijanjikan untuk diberi sebuah telefon bimbit berjenama, mangsa pasrah.
Menurut laporan portal riauaktual.com, perlakuan jijik suspek berterusan setiap kali ibu mangsa tiada di rumah.
Namun, insiden itu terbongkar juga apabila mangsa yang dimarahi ibunya kerana sering pulang lewat malam mengaku yang dia tidak lagi perawan.
Mendengar pengakuan mangsa, laporan polis terus dibuat si ibu terhadap suaminya dan suspek kemudian ditahan.
Hasil siasatan mendapati suspek telah merogol anak kandungnya itu sebanyak tiga kali seawal Januari lalu.
Suspek akan didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak di mana dia boleh dihukum penjara hingga 15 tahun jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#cabul anak kandung
#perkosa anak
#rogol anak
#telefon berjenama
#umpan telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan