awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UN Women gesa Taliban hormati hak wanita Afghanistan

Bernama
Bernama
10/09/2021
05:04 MYT
UN Women gesa Taliban hormati hak wanita Afghanistan
Pramilla Patten berkata, beliau berpihak kepada semua wanita Afghanistan yang memperjuangkan hak dan kebebasan asasi mereka. - Foto: UN.org
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wanita pada Khamis meminta pihak berkuasa Taliban di Afghanistan untuk menghormati hak wanita.
"Wanita berhak membuat bantahan secara damai dan hidup tanpa kekerasan. Dalam mengambil alih Afghanistan, pihak berkuasa Taliban memikul kewajiban untuk menghormati dan melindungi hak-hak ini, " kata Pegawai UN Women PBB Pramila Patten, dalam satu kenyatan, lapor Xinhua.
"Saya terkejut dan marah melihat gambar wanita di Afghanistan disebat, dipukul dengan kayu renjatan dan tongkat hanya kerana menggunakan hak mereka untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman.
"Saya berpihak kepada semua wanita Afghanistan yang memperjuangkan hak dan kebebasan asasi mereka.
"Sekali lagi saya menyeru kepada Taliban untuk melaksanakan kewajiban mereka dalam memastikan hak wanita dan remaja di Afghanistan, memastikan normalisasi kekerasan dihentikan segera dan memantau dan siasat pelanggaran ini sehingga pelaku dipertanggungjawabkan walau di mana keganasan tersebut berlaku, "katanya.
Tidak ada kredibiliti untuk janji-janji yang dibuat oleh pihak berkuasa Taliban untuk menghormati hak wanita dan gadis sementara pelanggaran terang-terangan seperti itu berlaku tanpa hukuman.
Perlu ada tindakan segera untuk memastikan wanita dapat menikmati sepenuhnya hak mereka secara adil dan selamat untuk terlibat dalam kehidupan masyarakat dan politik Afghanistan, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taliban
#hak wanita
#PBB
#UN Women
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan