awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas - MOF

Bernama
Bernama
08/04/2026
15:13 MYT
Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas - MOF
Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan harga minyak di pam tidak turun disebabkan harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan hari ini, meskipun harga minyak mentah global turun. - Gambar fail/Bernama
Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan harga minyak di pam tidak turun disebabkan harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan hari ini, meskipun harga minyak mentah global turun.
Menurut infografik yang dimuatnaik di akaun X MOF, kementerian itu berkata, bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi dan masih mempengaruhi harga pam.
"Harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans.
"Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar US$150 setong (petrol) dan US$250 setong (diesel)," kata MOF menerusi hantaran itu.
Terdahulu, MOF dalam satu kenyataan, memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.
“Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#pam minyak
#MOF
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan