awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Minnesota beri ganjaran AS$100 kepada penerima suntikan

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2021
00:05 MYT
Vaksin COVID-19: Minnesota beri ganjaran AS$100 kepada penerima suntikan
Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini terpalit dengan ancaman berita palsu yang menyebabkan program vaksinasi di negara itu kurang mendapat sambutan. - Foto fail/AP/Mary Altaffer
MINNEAPOLIS: Minnesota bergabung dalam rancangan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk memberikan insentif sebanyak AS$100 kepada warganya yang mendapat vaksin COVID-19 sehingga pertengahan Ogos.
Biden mengumumkan ganjaran itu sebagai sebahagian daripada keperluan prosedur operasi standard (SOP) baharu buat jutaan penjawat awam.
Biden juga pada masa sama mengecam tragedi yang berlaku di Amerika Syarikat di mana banyak kematian berlaku dalam kalangan mereka yang tidak divaksinasi.
Bermula Jumaat, warga Minnesota yang berusia 12 tahun ke atas yang mendapat suntikan pertama mereka sehingga 15 Ogos juga diberi ganjaran berupa kad visa dengan nilai AS$100 di dalamnya.
BACA: Vaksin COVID-19: Biden umum aturan baharu terhadap penjawat awam
Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini terpalit dengan ancaman berita palsu yang menyebabkan program vaksinasi di negara itu kurang mendapat sambutan.
Sementara itu, bandar New York juga mengeluarkan bajet memberi insentif wang kepada warganya yang mendapatkan vaksin COVID-19.
Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan pada Rabu, New York City akan menawarkan AS$100 kepada mana-mana penduduk yang mendapat dos pertama.
BACA: Vaksin COVID-19: New York tawar ganjaran tunai kepada penerima suntikan
Sebelum ini kerajaan persekutuan dan negeri Amerika Syarikat telah menawarkan insentif vaksinasi termasuk tiket loteri, biasiswa, perjalanan kereta bawah tanah percuma, tiket percuma ke muzium, permainan sukan dan beberapa tarikan lain.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Ganjaran
#Joe Biden
#Minnesota
#New York
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan