awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin Pfizer kanak-kanak bawah 5 tahun dijangka siap akhir Februari

Agensi
Agensi
01/02/2022
09:36 MYT
Vaksin Pfizer kanak-kanak bawah 5 tahun dijangka siap akhir Februari
Pfizer dan BioNTech dijangka mengemukakan permohonan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun FDA Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
SYARIKAT farmaseutikal Pfizer dan BioNTech dijangka mengemukakan permohonan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun kepada Jabatan Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Selasa.
Memetik laporan Washington Post, bekalan dos vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah usia lima tahun itu dijangka siap menjelang akhir bulan ini.
Laporan itu menyatakan bahawa FDA menggesa syarikat-syarikat untuk menghantar permohonan supaya pihak berkuasa boleh memulakan semakan data vaksin dua dos itu.
“Sekiranya data dalam permohonan itu didapati kukuh, kanak-kanak boleh bermula dengan pemberian utama beberapa bulan lebih awal berbanding tanpa sebarang permohonan sehingga terkumpul data mengenai dos ketiga,” menurut sumber yang dipetik dalam laporan itu.
Bagaimanapun, Pfizer, BioNTech dan FDA belum memberi maklum balas kepada pertanyaan Reuters mengenai laporan tersebut.
Pada Januari, Pfizer berkata ia menjangkakan keputusan terkini daripada ujian klinikal untuk kanak-kanak bawah lima tahun menjelang April depan.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Pfizer
#BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan