awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil didakwa kemuka tuntutan palsu RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vance akui proses damai Asia Barat masih berdepan cabaran

Agensi
Agensi
20/10/2025
00:30 MYT
Vance akui proses damai Asia Barat masih berdepan cabaran
Vance dijangka mengetuai delegasi ke Israel dalam masa terdekat, bersama arkitek utama perjanjian berkenaan - Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff dan Jared Kushner.
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, mengakui fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas masih melalui proses yang sukar dan berdepan beberapa cabaran dalam pelaksanaannya.
“Itu perkara yang sudah dijangka. Proses ini rumit dan tidak akan berjalan lancar sepenuhnya.
"Dalam senario terbaik - jika ia benar-benar membawa kepada keamanan jangka panjang yang mampan seperti diharapkan oleh Presiden dan saya - tetap akan ada turun naiknya,” katanya kepada pemberita pada Ahad malam.
Komen itu dibuat susulan insiden terbaharu di Gaza apabila dua askar Israel terbunuh dan Israel bertindak melancarkan serangan udara balas - perkembangan yang diawasi rapat oleh White House sepanjang hujung minggu.
Namun, buat masa ini, kedua-dua pihak kembali menzahirkan komitmen terhadap perjanjian gencatan senjata sambil memberi tumpuan kepada langkah seterusnya dalam proses damai.
Seorang pegawai AS memberitahu CNN bahawa pentadbiran Trump kini menumpukan usaha terhadap pelaksanaan perjanjian damai, selain “bekerjasama secara aktif dengan rakan-rakan sekutu” bagi memastikan ia berjalan mengikut perancangan.
Menurut laporan CNN, Vance dijangka mengetuai delegasi ke Israel dalam masa terdekat, bersama arkitek utama perjanjian berkenaan - Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff dan Jared Kushner.
Namun ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu, Vance enggan mengesahkan jadual lawatannya.
“Kami mungkin akan pergi, tapi masih dalam peringkat perbincangan. Sudah tentu kami mahu melihat sendiri perkembangan di lapangan,” katanya. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#proses damai Asia Barat
#Gencatan senjata Gaza
#Israel-Hamas
#Naib Presiden AS
#JD Vance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan