awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi

Bernama
Bernama
21/12/2024
12:40 MYT
Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Penumpang yang terkandas di dalam dan luar Vanuatu diminta menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengesahkan butiran perjalanan mereka. - AP
SUVA: Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila akan dibuka semula pada Ahad untuk operasi penerbangan komersial selepas ditutup susulan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda Vanuatu pada Selasa, lapor Xinhua.
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu menerusi akaun media sosial rasmi mereka.
Syarikat itu menggesa penumpang yang terkandas di dalam dan luar Vanuatu untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengesahkan butiran perjalanan mereka.
"Jurutera infrastruktur penerbangan bertauliah kami telah selesai melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua permukaan landasan lapangan terbang dan mengesahkannya selamat untuk operasi tanpa mengalami sebarang kerosakan akibat gempa bumi baru-baru ini," menurut Airports Vanuatu.
Gempa bumi dahsyat pada Selasa itu mengakibatkan puluhan kematian dan lebih 200 orang cedera.
Airports Vanuatu turut memaklumkan bahawa ibu negara, Port Vila, masih dalam proses pemulihan daripada bencana berkenaan, dengan gangguan terhadap utiliti, komunikasi dan pelbagai perkhidmatan masih berlaku secara berkala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vanuatu
#penerbangan
#gempa bumi
#lapangan terbang
#Port Vila
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan