awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian JN.1 COVID-19 dikesan di Jakarta, Batam

Bernama
Bernama
19/12/2023
07:22 MYT
Varian JN.1 COVID-19 dikesan di Jakarta, Batam
JN.1 berkait rapat dengan varian BA.2.86 dan dijangka memberi kesan ke atas kesan dan corak penularan COVID-19. -Gambar fail/Bernama
JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan penemuan kes jangkitan COVID-19 varian JN.1 di Jakarta dan Batam, di wilayah Kepulauan Riau, lapor Antara.
Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Kementerian itu Maxi Rein Rondonuwu pada Selasa berkata masing-masing satu kes jangkitan varian JN.1 dikesan di Jakarta Selatan pada 11 Nov, di Jakarta Timur pada 23 Nov dan di Batam pada 13 Dis.
JN.1 berkait rapat dengan varian BA.2.86 dan dijangka memberi kesan ke atas kesan dan corak penularan COVID-19.
Rondonuwu berkata berdasarkan laporan setakat 18 Dis 2023, dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Hospital Dr Mohammad Hoesin di Palembang dan Hospital Wilayah Tarakan, namun bukan disebabkan oleh varian JN.1.
"Seorang pesakit yang meninggal dunia, telah divaksin dua kali dan mempunyai komorbiditi manakala seorang lagi tidak mengambil vaksin dan mengalami jangkitan paru-paru," katanya.
Laporan perkembangan penularan COVID-19 yang diterbitkan oleh kerajaan pada 18 Dis 2023, menunjukkan terdapat 2,243 kes baharu penularan COVID-19 dengan dua kematian di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian kesihatan indonesia
#COVID-19
#JN 1
#Jakarta dan Batam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan