awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron: Cepat merebak tapi kurang bahaya - Fauci

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2021
00:22 MYT
Varian Omicron: Cepat merebak tapi kurang bahaya - Fauci
Amerika Syarikat secara berterusan menilai semula sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara selatan Afrika apabila Omicron mula dikesan. - Foto fail/ETX Studio
WASHINGTON: Bukti awal menunjukkan varian Omicron COVID-19 mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi tetapi kurang berbahaya.
Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, walaupun lebih banyak data diperlukan, kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital dan pesakit kurang memerlukan bantuan oksigen.
Kata Fauci, lebih banyak data dijangka akan diterima pada minggu depan.
Namun rumusan muktamad akan mengambil masa beberapa minggu.
Amerika Syarikat secara berterusan menilai semula sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara selatan Afrika apabila Omicron mula dikesan.
Kata Penyelaras Tindak Balas COVID-19 White House, Jeff Zients, Amerika Syarikat memberikan 12.5 juta vaksin pada minggu lepas, jumlah vaksinasi tertinggi sejak Mei, sekitar 7 juta daripadanya adalah dos penggalak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#kemasukan ke hospital
#bantuan oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan