awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venice tidak disenarai sebagai tapak warisan terancam - UNESCO

Bernama
Bernama
15/09/2023
06:38 MYT
Venice tidak disenarai sebagai tapak warisan terancam - UNESCO
UNESCO memutuskan untuk tidak memasukkan Venice dan lagunnya dalam senarai tapak warisan dunia yang terancam. -Gambar fail/Reuters
ROM: Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memutuskan untuk tidak memasukkan Venice dan lagunnya dalam senarai tapak warisan dunia yang terancam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa UNESCO yang sedang bermesyuarat di Riyadh, Arab Saudi.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu mengulangi kebimbangannya tentang usaha pemeliharaan sewajarnya terhadap bandar yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987.
Di tengah-tengah ancaman akibat perkembangan sektor pelancongan dan perubahan iklim, jawatankuasa itu berkata lebih banyak usaha mesti dibuat.
Datuk Bandar Venice Luigi Brugnaro melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan itu kerana menurut beliau pelbagai usaha telah dibuat untuk melindungi kawasan bandar.
"Rakyat Venice suka bandar mereka dan percaya pada masa depannya," katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano menyifatkan keputusan itu sebagai satu "kemenangan besar untuk Itali".
Beliau berkata bandar Venice telah mengambil langkah berani untuk menguruskan pelancongan dan memastikan perlindungan status warisannya.
Pada Selasa, majlis bandar raya itu memutuskan untuk mengenakan bayaran EUR5 (US$5.30) kepada pelancong yang berada di kawasan berkenaan untuk beberapa jam dan tidak bermalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unesco
#Venice
#tapak warisan dunia yang terancam
#Luigi Brugnaro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan