awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venus Williams dituduh sebabkan kemalangan maut

Agensi
Agensi
30/06/2017
05:34 MYT
Venus Williams dituduh sebabkan kemalangan maut
Williams dipertanggungjawabkan kerana gagal memberi laluan kepada pemandu lain di satu persimpangan.
PEMAIN tenis terkemuka dunia, Venus Williams, dinamakan sebagai pihak yang bersalah dalam kes kemalangan melibatkan dua kenderaan di Florida pada 9 Jun lalu, yang meragut nyawa seorang penumpang, menurut satu laporan awal polis yang dikeluarkan pada Selasa.
Berita itu dilaporkan oleh media pada Khamis, beberapa hari sebelum atlet berusia 37 tahun itu merancang untuk bertanding di Wimbledon, yang akan bermula minggu depan di England.
Dalam laporan yang diserahkan kepada Reuters itu, Williams dipertanggungjawabkan kerana gagal memberi laluan kepada pemandu lain di satu persimpangan.
Laporan itu juga menyebut seorang pemandu, Linda Barson, 68, baru sahaja memasuki persimpangan berkenaan sewaktu lampu hijau untuknya, dan ternampak kenderaan Williams yang tiba-tiba sahaja di depan kenderaannya, menyebabkannya gagal mengelak lalu merempuhnya.
Seorang pemandu lain juga mengaku ternampak Barson memasuki simpang itu ketika lampu isyarat berwarna hijau.
Penumpang kereta Barson, Jerome Barson, 78, mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Trauma Florida, namun meninggal dunia 13 hari selepas itu.
Laporan juga menyebut Williams memandu pada kelajuan 8 kilometer sejam sewaktu kejadian, dan disahkan bukan berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Linda Barson
#Venus Williams
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan