awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Victoria umum penutupan operasi perniagaan

Agensi
Agensi
03/08/2020
15:27 MYT
Victoria umum penutupan operasi perniagaan
Pengumuman itu susulan pengisytiharan penularan di bandar kedua terbesar Australia itu sebagai darurat pada Ahad sehingga terpaksa memperkenalkan perintah berkurung pada waktu malam. - Foto: Reuters
WILAYAH Victoria di Australia akan melaksanakan langkah penutupan operasi perniagaan tidak penting di beberapa kawasan panas COVID-19 bermula Rabu malam.
Menurut Ketua Menterinya, Daniel Andrews langkah itu dijangka menjejaskan hampir 250,000 pekerja.
“Walaupun sukar, kami terpaksa menutup (sementara) sektor pekerjaan dan saya tidak pernah menyangka akan mengarahkan orang ramai untuk tidak pergi bekerja.
“Namun itu yang harus kita lakukan untuk menghentikan penyebaran COVID-19. Tempoh enam minggu ini sangat kritikal.
“Kita harus membuat keputusan, keputusan yang sangat sukar tetapi kita harus bertindak dengan melakukan apa sahaja bagi menurunkan jumlah kes ini,” jelasnya.
Pengumuman itu susulan pengisytiharan penularan di bandar kedua terbesar Australia itu sebagai darurat pada Ahad sehingga terpaksa memperkenalkan perintah berkurung pada waktu malam.
Pada Isnin 429 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Victoria dengan 13 lagi kematian dalam tempoh 24 jam terakhir.
Topic Berkaitan
#Australia
#COVID-19
#kawasan panas
#perintah darurat
#perniagaan tidak penting
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan