awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virgin Atlantic bakal kendalikan penerbangan rentas Atlantik 'sifar bersih' yang pertama seumpamanya

Bernama
Bernama
16/12/2022
04:06 MYT
Virgin Atlantic bakal kendalikan penerbangan rentas Atlantik 'sifar bersih' yang pertama seumpamanya
Syarikat itu mahu menerbangkan jet Boeing 787 dari Heathrow London ke JFK New York pada tahun depan menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF). - Gambar fail
LONDON: Syarikat penerbangan Virgin Atlantic akan mengendalikan penerbangan rentas Atlantik "sifar bersih" yang pertama di dunia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik Jabatan Pengangkutan Britain (DfT).
Syarikat penerbangan itu memperoleh GBP1 juta (AS$1.2 juta) pembiayaan kerajaan untuk menerbangkan jet Boeing 787 dari Heathrow London ke JFK New York pada tahun depan menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).
Virgin Atlantic dan rakan kongsinya turut meperuntukkan pembiayaan yang sama.
SAF dijangka dihasilkan terutamanya daripada sisa minyak dan lemak seperti minyak masak dan mampu mengurangkan pelepasan karbon lebih 70 peratus berbanding dengan kerosin.
Buat masa ini penerbangan komersial hanya boleh menggunakan SAF jika dicampur dengan 50 peratus bahan api penerbangan standard.
Ketua Eksekutif Virgin Atlantic Shai Weiss berkata: "Cabaran ini mengiktiraf peranan kritikal SAF dalam penyahkarbonan dan tindakan kolektif segera diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran serta penggunaan SAF secara global.
"Penyelidikan dan keputusan mengenainya bakal menjadi satu langkah besar dalam penggunaan segera SAF di seluruh industri penerbangan serta menyokong pelaburan dan kerjasama yang diperlukan untuk menghasilkan SAF pada skala ditetapkan.
"Cita-cita kolektif kami untuk sifar bersih menjelang 2050 bergantung padanya," kata beliau.
Penerbangan itu mungkin bermula menjelang akhir 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sifar bersih
#penerbangan rentas atlantik
#bahan api SAF
#Virgin Atlantic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan