awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Volvo rancang kurangkan 3,000 pekerja pentadbiran

Bernama
Bernama
26/05/2025
23:20 MYT
Volvo rancang kurangkan 3,000 pekerja pentadbiran
Volvo yang sebelum ini memberi tumpuan awal kepada BEV tulen terjejas akibat kos bahan bateri yang tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar fail/Reuters/Bob Strong.
FRANKFURT: Pengeluar kereta Sweden, Volvo Cars merancang untuk memberhentikan ribuan pekerja pentadbiran sebagai sebahagian langkah penjimatan kos, umum syarikat itu pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman-dpa.
Sebanyak 3,000 pekerjaan akan dikurangkan di seluruh dunia, menurut syarikat yang beribu pejabat di Gothenburg dan dimiliki oleh Kumpulan Geely dari China.
Jumlah itu mewakili kira-kira 15% daripada semua pekerjaan pejabat, dengan sebahagian besar pengurangan berlaku di Sweden.
Dalam satu kenyataan ketika mengumumkan rundingan bersama kesatuan sekerja, Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Hakan Samuelsson berkata beberapa keputusan sukar terpaksa dibuat.
"Industri automotif kini berada dalam fasa yang mencabar," katanya. Bagi menghadapinya, kos perlu dikurangkan secara struktur.
Volvo mengumumkan pada akhir April, ketika melaporkan prestasi suku pertama yang lemah bahawa akan ada pengurangan pekerjaan dan penjimatan berjumlah 18 bilion kronor Sweden (hampir US$1.9 bilion) melalui pelbagai langkah lain.
Pakej penjimatan ini akan melibatkan kos khas sebanyak kira-kira 1.5 bilion kronor, yang akan direkodkan dalam suku kedua.
Volvo yang sebelum ini memberi tumpuan awal kepada kenderaan elektrik bateri (BEV) tulen terjejas akibat kos bahan bateri yang tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Samuelsson, yang pernah menerajui Volvo selama bertahun-tahun, kembali memimpin syarikat itu pada awal April selepas ketua sebelumnya, Jim Rowan, secara tiba-tiba meninggalkan jawatan.
Kini, persekitaran jualan semakin mencabar dan syarikat masih belum dapat memberikan unjuran kewangan terperinci berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.
Volvo juga akan memberi lebih tumpuan kepada kenderaan hibrid plug-in pada masa depan kerana pelancaran kenderaan elektrik tulennya mengalami kelembapan.
Pada suku pertama, peratusan jualan kenderaan elektrik tulen Volvo ialah 19 peratus, iaitu dua mata peratusan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Geely
#Volvo
#unjuran kewangan
#kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan