awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita bermegah pandu Ferrari, temui kemalangan tak sampai beberapa minit

Agensi
Agensi
25/06/2018
09:28 MYT
Wanita bermegah pandu Ferrari, temui kemalangan tak sampai beberapa minit
Ferrari 458 yang disewa hanya beberapa minit sebelum merempuh kereta SUV BMX model X3 akibat terbabas di bandar Weliang. Foto - Weibo.
Sebuah kereta 'sport' mewah jenama Ferrari 458 remuk teruk akibat kemalangan selepas dipercayai hilang kawalan di bandar Wenling, di China Jumaat lepas.
Lebih 'meremukkan' perasaan apabila kereta terbabit baharu sahaja beberapa minit disewa pemandunya.
Kemalangan yang dikatakan berpunca dari faktor hujan lebat itu menyaksikan Ferrari yang dipandu oleh seorang wanita tergelincir setelah hilang kawalan akibat jalan yang licin.
Insiden berjaya dirakam kamera litar tertutup, lapor Daily Mail.
Kereta tersebut yang terbabas kemudiannya melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis SUV (sport utility vehicle) BMW model X3.
Menurut sumber, kereta mewah buatan Itali yang bernilai £500,000 (RM2.7 juta) itu disewa oleh wanita tersebut beberapa minit sebelum berlakunya kemalangan dan sempat merakam aksi diri sendiri ketika sedang menunggu lampu isyarat.
Dalam video pendek tersebut, wanita itu menghala rakamannya ke dashboard Ferrari sambil memuji dirinya yang sedang memandu kereta itu.
“Pertama kali memandu Ferrari, rasa sangat menakjubkan,” katanya dalam video tersebut.
Tidak dijelaskan sama ada wanita tersebut mendapat perlindungan insurans kemalangan atau akan dipaksa menanggung kos ganti rugi kerosakan kereta tersebut yang dianggarkan sekitar £230,000 (RM1.2 juta), iaitu separuh daripada harga kereta berkenaan.
Tiada kecederaan dilaporkan akibat kemalangan berkenaan walaupun kedua-dua kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk.
Topic Berkaitan
#BMW
#China
#Ferrari
#hujan lebat
#kemalangan
#kereta
#Nissan
#rempuh
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan