awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita didakwa selepas 15 kg methamphetamine dirampas di Lapangan Terbang Sydney

Bernama
Bernama
27/12/2025
20:45 MYT
Wanita didakwa selepas 15 kg methamphetamine dirampas di Lapangan Terbang Sydney
Seorang wanita berusia 40 tahun didakwa selepas pihak berkuasa Australia menemui 15 kilogram methamphetamine di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Sydney pada Jumaat. - Gambar hiasan Reuters
SYDNEY: Seorang wanita berusia 40 tahun didakwa selepas pihak berkuasa Australia menemui 15 kilogram (kg) methamphetamine di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Sydney pada Jumaat, lapor Xinhua.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu memaklumkan, wanita itu ditahan untuk pemeriksaan rutin sebaik tiba di lapangan terbang.
Semasa pemeriksaan, pegawai ABF menemui 18 bungkusan vakum berlabel "teh" yang mengandungi bahan kristal jernih di dalam bagasi wanita berkenaan.
Ujian awal mendapati bahan tersebut positif methamphetamine, dengan anggaran berat sebanyak 15 kilogram.
Kes itu kemudiannya diserahkan kepada AFP, yang menahan wanita berkenaan dan merampas dadah tersebut.
Rampasan berkenaan dianggarkan bernilai lebih AUD13 juta (kira-kira US$8.73 juta) di pasaran dan berpotensi menghasilkan kira-kira 150,000 dos dadah pasaran gelap.
Wanita itu didakwa atas satu pertuduhan mengimport dadah terkawal dalam kuantiti komersial.
Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara seumur hidup, menurut kenyataan bersama itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita didakwa
#Lapangan Terbang Sydney
#methamphetamine
#bagasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan