awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, dua anak termasuk bayi 10 bulan ditembak mati bekas suami

Agensi
Agensi
26/12/2017
21:02 MYT
Wanita, dua anak termasuk bayi 10 bulan ditembak mati bekas suami
Suspek yang menembak mati bekas isteri dan dua anaknya berjaya ditahan polis. - Gambar AP
SEORANG wanita bersama dua anaknya termasuk seorang bayi perempuan 10 bulan ditembak mati pada hari Krismas di sebuah pangsapuri di Phoenix, kata polis.
Jurucakap Jabatan Polis Phoenix, Sarjan Jonathan Howard berkata, pihaknya bagaimanapun berjaya menahan suspek tanpa sebarang kecederaan sebelum berlaku insiden berbalas tembakan antara lelaki itu dengan pihak polis.
Difahamkan suspek merupakan bekas suami kepada wanita itu manakala kedua-dua kanak-kanak malang yang turut dibunuh adalah anak lelaki terbabit.
Howard berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 3.45 petang pada Isnin dan bergegas ke pangsapuri berkenaan sebelum menemui mayat wanita tersebut di tempat letak kereta.
Kata Howard lagi, suspek telah mengambil dua tebusan kanak-kanak di sebuah pangsapuri sebelum rundingan dengan pegawai polis dilakukan.
"Ketika rundingan dibuat, suspek memaklumkan telah membunuh dua anaknya selain mengancam pegawai lain.
"Selepas hampir enam jam, para pegawai melihat mayat bayi di dalam unit itu sebelum suspek mula menembak ke arah polis hingga menyebabkan kecederaan pada pegawai polis," katanya.
Tambah Howard, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan kesihatan hingga memaksa suspek turut membunuh dua anaknya.
Topic Berkaitan
#bayi
#bayi 10 bulan
#bunuh
#Howard
#Kanak-kanak
#mayat
#pangsapuri
#Phoenix
#suspek
#tembakan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan