awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IAEA sahkan kesan serangan berhampiran Loji Nuklear Bushehr
Asnida Daim didakwa pada Selasa - Peguam
Mendiang Tun Ling Liong Sik beri sumbangan besar, sahabat baik arwah abang - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Itali diumum manusia tertua di dunia

Agensi
Agensi
15/05/2016
13:13 MYT
Wanita Itali diumum manusia tertua di dunia
Morano yang lahir pada 29 November 1899 dipercayai manusia terakhir yang lahir pada tahun 1800-an yang masih hidup. -AP
Emma Morano, wanita warganegara Itali diumum sebagai manusia tertua di dunia pada usia 116 tahun.
Pengumuman ini dibuat selepas pemegang rekod sebelumnya Susannah Mushatt Jones, juga berumur 116 tahun, meninggal dunia di New York pada Khamis.
Morano yang lahir pada 29 November 1899 dipercayai manusia terakhir yang lahir pada tahun 1800-an yang masih hidup.
Wartawan berkumpul di kediamannya di Verbania, Itali untuk mendokumentasikan rekod tersebut, namun terpaksa menunggu beliau bangun daripada tidur.
Morano tinggal di sebuah apartmen satu bilik ditemani pengasuh dan dua anak saudara perempuannya.
Morano mengamalkan diet berasaskan telur sejak jatuh sakit ketika masih kanak-kanak.
Beliau memberitahu Associated Press pada Khamis, menu sarapan paginya terdiri daripada daging, puding dan telur mentah.
Doktor peribadi beliau, Dr Carlo Bava berkata ada komponen genetik dalam rahsia umur beliau yang panjang, selain sikap Morano yang sentiasa positif.
Bava menambah, adik-beradik Morano yang lain juga hidup lebih atau hampir 100 tahun.
Topic Berkaitan
#116 tahun
#emma morano
#manusia tertua di dunia
#Susannah Mushatt Jones
#Verbania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan