awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Itali maut selepas dua kapal pelancong bertembung di Mesir

Bernama
Bernama
22/12/2025
04:00 MYT
Wanita Itali maut selepas dua kapal pelancong bertembung di Mesir
Wanita itu dilaporkan terjatuh ketika perlanggaran berlaku dan mengalami cedera parah sebelum meninggal dunia. - Foto X/Franco Scarsella
KAHERAH: Seorang wanita Itali berusia 47 tahun maut selepas dua kapal pelancong bertembung di Sungai Nil di selatan Mesir berhampiran bandar Luxor, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik agensi berita ANSA pada Ahad.
Menurut laporan ANSA yang memetik Kementerian Luar Itali, pegawai konsulat Itali kini berhubung dengan suami mangsa serta pengendali pelancongan.
Berdasarkan maklumat awal kejadian, kapal yang membawa puluhan pelancong Itali itu bertembung dengan sebuah lagi kapal sejurus selepas 7 malam (1700 GMT).
Perlanggaran berkenaan menyebabkan empat kabin rosak.
Wanita itu dilaporkan terjatuh ketika perlanggaran berlaku dan mengalami cedera parah sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian walaupun usaha menyelamat telah dilakukan.
Penumpang Itali lain dilaporkan selamat.
Luxor merupakan antara destinasi pelancongan utama di selatan Mesir, terkenal dengan kuil-kuil purba serta makam di Lembah Raja-Raja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal pelancong
#Nahas
#bertembung
#terjatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan