awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas nyaris maut digigit tikus

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2024
01:00 MYT
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Tikus menggigit dua jari warga emas itu ketika mangsa cuba menarik keluar haiwan berkenaan dari tandas. - Gambar hiasan
MONTREAL: Seorang lelaki berusia 76 tahun nyaris maut selepas digigit seekor tikus yang ditemui bersembunyi dalam mangkuk tandas di rumahnya di Montreal, Kanada.
Semasa kejadian lelaki yang tidak didedahkan identitinya dikejarkan ke hospital selepas tikus menggigit dua jarinya ketika cuba menarik keluar haiwan itu dari tandas.
Setibanya di hospital, dia diberi suntikan tetanus oleh doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya.
Bagaimanapun selepas 18 hari, lelaki itu kembali semula ke hospital sama kerana didapati mengalami demam teruk, sakit kepala dan perut selama beberapa hari.
Walaupun luka akibat gigitan tikus didapati sembuh sepenuhnya, doktor yang memeriksanya mendapati degupan jantungnya berdegup kencang.
Kemudian doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Dia dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami beberapa kegagalan organ. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#digigit tikus
#mangkuk tandas
#kegagalan buah pinggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan