awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WFP kurangkan catuan makanan di Sudan kerana kekurangan dana

Bernama
Bernama
12/12/2025
20:45 MYT
WFP kurangkan catuan makanan di Sudan kerana kekurangan dana
Sudan memerlukan AS$2.9 bilion untuk menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa 20 juta orang yang terperangkap dalam krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia. (Foto AP)
GENEVA: Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Jumaat bahawa ia akan mengurangkan bekalan makanan untuk komuniti Sudan di kawasan kebuluran berkuat kuasa bulan depan, disebabkan kekurangan dana, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
"Bermula pada Januari, catuan akan dikurangkan kepada 70 peratus untuk komuniti di kawasan kebuluran dan 50 peratus untuk mereka yang berisiko kebuluran," kata Pengarah Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan WFP Ross Smith kepada pemberita di Geneva.
"Menjelang April, kita akan mengalami jurang besar dalam mendapatkan dana," kata Smith.
Minggu lalu, PBB dan rakan kemanusiaannya melancarkan rayuan kemanusiaan global untuk menyelamatkan jutaan nyawa di zon perang dan kawasan konflik, termasuk Sudan yang memerlukan AS$2.9 bilion untuk menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa 20 juta orang yang terperangkap dalam krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#Sudan
#kebuluran
#WFP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan