awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO gesa tindakan segera selamatkan ibu dan bayi baru lahir

Bernama
Bernama
07/04/2025
13:00 MYT
WHO gesa tindakan segera selamatkan ibu dan bayi baru lahir
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menyeru "tindakan segera dan tegas" untuk memastikan setiap ibu dan bayi menerima penjagaan yang sewajarnya. - Foto hiasan
MANILA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menyeru "tindakan segera dan tegas" untuk memastikan setiap ibu dan bayi menerima penjagaan yang sewajarnya, lapor Xinhua.
Kempen setahun WHO bertemakan, "Permulaan Sihat, Masa Depan Penuh Harapan", mengajak negara anggota untuk memperbaharui komitmen dalam memastikan penjagaan kesihatan berkualiti untuk ibu dan bayi baru lahir, menurut Pejabat Serantau WHO bagi Pasifik Barat dalam kenyataan media sempena Hari Kesihatan Sedunia, yang disambut setiap 7 April.
"Rantau Pasifik barat mencatat nisbah kematian ibu kedua terendah dalam kalangan enam rantau WHO di seluruh dunia," menurut pejabat yang berpangkalan di Manila itu.
"Kita mempunyai keupayaan untuk menamatkan kematian ibu dan bayi baru lahir yang boleh dicegah di rantau ini. Setiap wanita dan setiap bayi berhak mendapat penjagaan berkualiti tertinggi demi kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka," kata Saia Ma'u Piukala, pengarah serantau WHO bagi Pasifik Barat.
Piukala berkata usaha itu memerlukan akses yang lebih baik kepada penjagaan dan transformasi dalam kualiti perkhidmatan kesihatan yang diterima oleh wanita dan bayi baru lahir, terutamanya dalam komuniti yang paling terdedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#ibu dan bayi baru lahir
#penjagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan