awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula

Fareez Azman
Fareez Azman
28/06/2022
16:33 MYT
WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Maimunah berkata, pandemik COVID-19 menjadikan krisis perumahan sejagat perlu diselesaikan semua pihak dengan segera.
KUALA LUMPUR: Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan sejajar dengan perubahan iklim ketika ini.
Demikian gesaan Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, ketika berucap di World Urban Forum ke-11 (WUF11) di Katowice, Poland pada Selasa.
"Perhatian harus diberikan untuk memikirkan semula pendekatan kita terhadap pembiayaan perumahan, untuk memastikan komitmen yang lebih kukuh bagi membentuk sistem pembiayaan untuk mencapai keutamaan dasar ekonomi dan sosial.
"Ini untuk menggalakkan keterjangkauan perumahan, pembinaan dan pengubahsuaian perumahan yang mampan dan untuk menangani keperluan perumahan serta perubahan iklim," ujarnya.
Tambah Maimunah, pandemik COVID-19 juga menjadikan krisis perumahan sejagat perlu diselesaikan semua pihak dengan segera.
"Seperti yang dinyatakan dalam laporan utama kami bertajuk 'Bandar Dan Wabak Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Hijau', pandemik COVID-19 telah memberi penekanan akan keperluan untuk menangani krisis perumahan sedia ada.
"Krisis ini dicerminkan oleh ketidakmampuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada sebahagian besar penduduk bandar seluruh dunia," katanya lagi.
Dalam pada itu jelas Maimunah, UN Habitat turut menyambut baik inisiatif pelbagai pihak yang tampil memberi cadangan serta pelan bagi menangani isu itu.
Bagaimanapun ujarnya, pelan perlu disertai dengan dana yang kukuh dalam memastikan matlamat perumahan sejagat yang mampu milik dapat dicapai.
"Di UN Habitat, kami percaya bahawa akses kepada perumahan yang selamat, mampu milik, boleh diakses, dan mencukupi serta perumahan yang terletak dengan baik untuk semua adalah penting untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
"Kesaksamaan perumahan adalah salah satu kuasa transformatif yang boleh membantu bandar mengatasi cabaran yang berkaitan dengan perubahan iklim, kemiskinan, penyisihan dan ketidaksamaan.
"Ia boleh menggalakkan bandar untuk memulakan dan merancang perbandaran yang inklusif dan mampan," katanya lagi.
WUF11 anjuran UN Habitat merupakan antara perhimpunan antarabangsa yang paling inklusif mengenai isu-isu bandar yang melibatkan wakil kerajaan-kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat sivil.
Topic Berkaitan
#UN Habitat
#WUF11
#pembiayaan perumahan
#poland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan