awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM1 juta ke negara jiran di Batu Layar
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2024
00:00 MYT
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol turut menyeru penjawat awam agar kekal tabah menjalankan tugas di bawah pimpinan Perdana Menteri Han Duck-Soo, yang bakal bertindak sebagai pemangku Presiden. - Foto REUTERS
SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berikrar akan terus melakukan yang terbaik untuk negaranya hingga ke penamat.
Ucapan awam itu dirakam di kediamannya di Seoul dan disiarkan selepas Parlimen meluluskan usul pemecatan terhadapnya pada Sabtu berikutan pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal.
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Suk Yeol turut menyeru penjawat awam agar kekal tabah menjalankan tugas di bawah pimpinan Perdana Menteri Han Duck-Soo, yang bakal bertindak sebagai pemangku Presiden.
Beliau juga menggesa komuniti politik untuk mengelak daripada amalan yang melulu dan bersifat konfrontasi serta berusaha meningkatkan budaya politik negara.
Sementara itu, Duck Soo pula menjanjikan usaha dan kekuatannya untuk mentadbir negara itu bagi membolehkan ia kembali stabil.
Katanya, kekuatan dan sokongan daripada pelbagai pihak perlu untuk Korea Selatan menempuh masa sukar seperti yang berlaku sekarang.
Topic Berkaitan
#Yoon Suk Yeol
#ucapan awam
#Parlimen
#undang-undang tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan