awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TMM 2026: DBKL turunkan kadar deposit cagaran konsert, pertunjukan pentas dan kebudayaan
34 kemudahan tenaga di Teluk rosak teruk, kata Ketua IEA
Kerajaan Belanda boleh kekalkan rahsia dokumen MH17, mahkamah ECHR putuskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy puji usaha Trump tamatkan perang di Ukraine

Agensi
Agensi
29/07/2025
00:20 MYT
Zelenskyy puji usaha Trump tamatkan perang di Ukraine
Presiden Zelenskyy (kiri) memuji kenyataan tegas Presiden Trump, yang menetapkan tempoh baharu antara 10 hingga 12 hari kepada Rusia untuk menunjukkan kemajuan dalam usaha menamatkan perang di Ukraine. - Gambar fail Reuters
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memuji kenyataan tegas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menetapkan tempoh baharu antara 10 hingga 12 hari kepada Rusia untuk menunjukkan kemajuan dalam usaha menamatkan perang di Ukraine.
Zelenskyy menyifatkan kenyataan Trump amat signifikan, sambil menegaskan sekatan keras terhadap Rusia merupakan elemen utama dalam mencapai penyelesaian konflik.
"Hari ini, terdapat satu kenyataan yang sangat penting daripada Presiden Trump dan memang benar, Rusia sedang melakukan segala-galanya untuk menggagalkan usaha damai dan memanjangkan perang ini. Serangan setiap malam, cubaan berterusan oleh Rusia untuk menyakiti Ukraine.
"Kami telah berulang kali menyatakan dan semua rakan kongsi kami tahu bahawa sekatan adalah elemen utama. Rusia memberi perhatian kepada sekatan, kepada kerugian seperti itu.
"Keamanan melalui kekuatan adalah sesuatu yang boleh dicapai. Seperti biasa, Ukraine bersedia untuk bekerjasama secara produktif dengan Amerika Syarikat, untuk bekerjasama dengan Presiden Trump bagi menamatkan perang ini dengan bermaruah dan menjamin keamanan yang berkekalan," katanya.
Menurut Zelenskyy, Rusia memberi perhatian terhadap sekatan dan kerugian yang dialaminya manakala Ukraine bersedia untuk bekerjasama secara produktif dengan Amerika dan Presiden Trump bagi menamatkan perang ini dengan bermaruah serta menjamin keamanan yang berkekalan.
Trump mengumumkan tempoh baharu itu pada Isnin, sebagai tanda kekecewaannya terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang didakwa gagal menunjukkan kemajuan dalam konflik yang telah berlarutan selama tiga setengah tahun.
Zelenskyy turut menyatakan penghargaan terhadap fokus Presiden Trump dalam menyelamatkan nyawa dan menghentikan peperangan yang disifatkan sebagai "mengerikan."
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Rusia
#Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan