awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Adakah anak tiri dia buat macam tu juga kepada dia?" - Nazri Aziz tidak tahu tujuan Nedim

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2018
10:15 MYT
"Adakah anak tiri dia buat macam tu juga kepada dia?" - Nazri Aziz tidak tahu tujuan Nedim
Datin Seri Haflin (kiri) mencabar anak tirinya, Nedim Nazri (kanan) untuk tampil di Matic bertemu bapanya, selesaikan perbalahan antara mereka. - Foto: Kredit Instagram @dshaflins, @boss_ned
"Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?"
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanyakan kewajaran anak lelakinya, Nedim Nazri yang dilihat seakan membuli isterinya, Datin Seri Haflin Saiful Azhar sejak beberapa hari lalu.
Kenyataan itu secara tidak langsung menjawab kepada tindakan Haflin yang membuat beberapa kenyataan terbuka di laman sosial sejak akhir-akhir ini.
"Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri,’ ujarnya seperti yang dipetik mStar Online.
Nazri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bentuk gangguan yang didakwa dilakukan Nedim terhadap isterinya.
Haflin, 36 tahun sebelum itu ada memuat naik kenyataan di Instagramnya, ditujukan kepada anak tirinya dengan mencabar Nedim untuk tampil bertemu bapanya di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Isnin ini dipercayai bagi menyelesaikan isu antara mereka bertiga.
Your father is waiting for your call.... @boss_ned
A post shared by YBhg. Datin Seri Haflin S (@dshaflins) on
Jan 31, 2018 at 6:11am PST
"@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira.
"Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya," tulisnya.
"Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan kepada dia," tulis Haflin lagi.
Selain itu, Haflin, yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri dan mendakwa telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk berbuat begitu.
A post shared by YBhg. Datin Seri Haflin S (@dshaflins) on
Feb 1, 2018 at 8:23pm PST
Nazri ketika ditanya, mengesahkan bahawa beliau membenarkan Haflin untuk memuat naik posting berkenaan dan tidak mempunyai masalah dengan tindakan isterinya.
Topic Berkaitan
#Bossned
#DSHaflin
#Nazri Aziz
#Nedim Aziz
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan