awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adele sahkan pertunangan di hadapan peminat di Jerman

Bernama
Bernama
10/08/2024
06:34 MYT
Adele sahkan pertunangan di hadapan peminat di Jerman
Adele turut mempamerkan apa yang kelihatan seperti cincin pertunangan kepada penonton. - Foto tangkap layar akaun X pembaca
LONDON: Penyanyi terkenal Britain, Adele mengesahkan pertunangannya dengan ejen sukan Amerika, Rich Paul kepada peminatnya semasa membuat persembahan di Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penyanyi yang berusia 36 tahun itu sebelum ini mendedahkan bahawa beliau sedang menjalin hubungan dengan pengasas syarikat pengurusan Klutch Sports Group, yang mewakili bintang-bintang bola keranjang terkenal seperti LeBron James, Anthony Davis dan John Wall.
Dalam sebuah video yang tular di media sosial ketika konsertnya di Munich, Adele kelihatan menyedari seseorang membawa papan tanda yang tertulis "Will you marry me?" (Adakah awak akan berkahwin dengan saya?).
"Saya tak boleh kahwin dengan awak kerana saya sudah nak berkahwin, tapi saya hargainya, terima kasih," katanya.
Adele turut mempamerkan apa yang kelihatan seperti cincin pertunangan kepada penonton.
Pada April 2019, Adele mengumumkan perpisahan dengan bekas suaminya, ketua sebuah badan amal, Simon Konecki.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul "Someone Like You" itu mengadakan 10 konsert di Jerman bulan ini di sebuah arena khas yang mampu menampung 80,000 orang setiap malam.
Pemenang 16 kali Grammy itu mengumumkan pada Julai bahawa beliau akan "berehat panjang" daripada muzik selepas siri konsertnya yang akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adele
#sahkan pertunangan
#ejen sukan Amerika
#Rich Paul
#peminat di Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan