awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli kumpulan 'As One' Lee Min meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2025
03:55 MYT
Ahli kumpulan 'As One' Lee Min meninggal dunia
Lee Min (foto) ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada 5 Ogos. -Gambar fail/FB Malone Chronicles
INDUSTRI muzik Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian Lee Min, penyanyi dan anggota duo R&B terkenal As One, yang ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada malam 5 Ogos.

Ringkasan AI
  • Lee Min, anggota duo R&B As One, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada 5 Ogos.
  • Polis masih menyiasat punca kematian, sementara rakan duetnya Crystal dalam perjalanan ke Korea Selatan untuk memberi penghormatan.
  • BrandNew Music merayu agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan menunggu hasil siasatan rasmi.

Menurut kenyataan rasmi BrandNew Music, jasad Lee Min ditemukan suami mendiang sejurus pulang ke rumah.
Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan memaklumkan punca kematian setakat ini masih belum dikenal pasti.
Lee Min, yang dilahirkan pada tahun 1978, memulakan kerjaya muzik pada 1999 bersama rakan duetnya, Crystal, menerusi album sulung "Day By Day".
Duo As One dikenali dengan lagu-lagu popular seperti “Desire and Hope,” “Day By Day,” dan “Something Like a Miracle.”
Mereka baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul “Happy Birthday To You” pada Jun lalu dan tampil dalam rancangan muzik "The Seasons: Cantabile of Park Bo Gum".
Crystal, yang kini menetap di Amerika Syarikat, dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Korea Selatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakan duetnya itu.
BrandNew Music, dalam pada itu, merayu agar orang ramai tidak membuat spekulasi berlebihan dan menunggu hasil siasatan rasmi diumumkan.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Lee Min
#As One
#meninggal dunia
#crystal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan