awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak angkat Woody Allen mengaku dicabul

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2014
23:15 MYT
Anak angkat Woody Allen mengaku dicabul
Woody Allen
Anak angkat kepada pengarah tersohor Woody Allen membuat pengakuan bertulis mengejut mengenai bapanya.
Menerusi akhbar New York Times, Dylan Farrow mendedahkan pernah dicabul oleh Allen sewaktu zaman kanak-kanak.
Farrow mengambil keputusan mendedahkan perkara itu apabila tidak tahan melihat Allen disanjung tinggi masyarakat Hollywood sedangkan dia pernah melakukan perbuatan keji.
Dalam pengakuannya, Farrow menceritakan semula bagaimana dia dibawa ke dalam sebuah bilik kecil dan dicabul beberapa kali ketika berusia tujuh tahun.
Malah dia menceritakan dengan teliti bagaimana Allen melakukan perbuatan itu antaranya mengambil hati Farrow dengan menggunakan permainan.
Tidak tahan dengan apa yang berlaku Farrow bertindak menceritakan perkara tersebut kepada ibunya, Mia Farrow.
Meskipun Allen dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan mencabul pada 1992, kes itu tidak diteruskan kerana Dylan dikatakan masih belum matang.
Dylan mengakui menderita secara psikologi kerana kisah silamnya.
Malah dalam suratnya itu juga dia meminta agar masyarakat tidak lagi menyanjungi Allen dan tindakan setimpal harus dikenakan terhadapnya.
Pihak Allen masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun sutradara berusia 78 tahun itu dikatakan kecewa dengan cerita tersebut yang dikatakan tidak benar.
Topic Berkaitan
#Dylan Farrow
#New York Times
#Woody Allen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan