awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat

Faida Rahim
Faida Rahim
17/02/2024
09:30 MYT
Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad. - Astro AWANI
PETALING JAYA: Sempena meraikan bulan kelahirannya, penyanyi terkenal Anuar Zain menghiburkan 1,000 peminatnya di Acara Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal di JioSpace, Petaling Jaya, pada Sabtu.
Meraikan ulang tahun kelahiran ke-54 pada 15 Februari, Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.
“Saya dapat energi yang sangat kuat daripada anda hari ini, terima kasih banyak,” katanya.
Lebih istimewa, persembahan Anuar kali ini lebih intim apabila berpeluang turun dari pentas mendekati para penonton.
Anuar turut ‘membaling’ anak patung kepada penonton bertuah yang berjaya mendapatkannya.
Persembahan bermula pada jam 3.43 petang dengan lagu pembukaan Kaulah Satunya dan Sesucinya cintamu dengan aksi lincah.
Persembahan yang berlangsung selama tiga jam berjaya menghiburkan peminat dengan dendangan 11 buah lagu popularnya.
Antaranya Permata, Cinta Harus Memiliki, Keabadiaan Cinta, Saving All My Love, Ketulusan Hati, Sedetik Lebih dan mengakhiri persembahan dengan lagu Lelaki Ini.
Topic Berkaitan
#Anuar Zain
#empat dekad
#peminat
#penghargaan
#hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan