awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ashraf Sinclair penat berlakon sinetron Indonesia?

Gempak
Gempak
01/02/2016
09:09 MYT
Ashraf Sinclair penat berlakon sinetron Indonesia?
Menurut Ashraf, dia teruja melihat perkembangan industri perfileman Malaysia yang semakin positif dan mula mendapat sambutan. - Gambar Astro Gempak
PELAKON kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair mengakui sedang mengintai peluang untuk kembali membintangi filem-filem di Malaysia. Menurut Ashraf, dia teruja melihat perkembangan industri perfileman Malaysia yang semakin positif dan mula mendapat sambutan. “Saya berminat untuk kembali membintangi filem-filem tempatan kerana banyak perkembangan terbaru dalam industri filem Malaysia. "Lebih-lebih lagi saya lihat anak muda di Malaysia mempunyai idea-idea yang cukup bagus. Saya sendiri sangat teruja melihat hasil-hasil kerja pembikin filem tempatan,”katanya kepada Astro Gempak. Katanya, dia kini mula menolak tawaran berlakon sinetron kerana mahu memberi fokus kepada bidang perfileman. “Berlakon dalam Sinetron sungguh memenatkan kerana jadual penggambaran yang cukup lama sehingga jarang berjumpa keluarga. Rasanya saya sudah berlakon hampir 700 episod Sinetron setakat ini. “Apabila saya berada di set penggambaran banyak perkara yang saya tidak terlepas atau tidak dapat buat. Terutamanya untuk bertemu keluarga dan perniagaan saya. Mungkin pertengahan tahun ini saya tidak mahu terlalu terlibat dengan Sinetron dan fokus pada filem pula,” ujar Ashraf. Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi rasa bersyukur dengan penglibatan isterinya Bunga Citra Lestari dalam program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016). “Kami jarang pulang ke Kuala Lumpur kecuali pada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Haji. Apabila Bunga menerima tawaran untuk jadi juri di MLM 2016, saya gembira kerana berpeluang untuk berjumpa ahli keluarga pada hujung minggu. “Peminat juga boleh mengenali Bunga dengan lebih rapat dan dalam pada masa yang sama ia satu peluang untuk isteri saya bertapak di Malaysia,” ujarnya. - Teks oleh: Khalid Rahman
Topic Berkaitan
#Ashraf Sinclair
#Sinetron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan