awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru seminggu di YouTube, video "Yang Terindah" cecah 1 juta tontonan

Gempak
Gempak
08/11/2017
12:00 MYT
Baru seminggu di YouTube, video "Yang Terindah" cecah 1 juta tontonan
Baru seminggu dimuat naik ke laman YouTube, video lirik lagu ciptaan dan nyanyian pelawak terkenal Achey berjudul "Yang Terindah" sudah mencecah sejuta tontonan.
BARU seminggu dimuat naik ke laman YouTube, video lirik lagu ciptaan dan nyanyian pelawak terkenal, Achey berjudul Yang Terindah sudah mencecah sejuta tontonan.
Selain ditonton sejuta kali, video lirik tersebut turut menjadi trending di YouTube dan berada di tangga ke-11.
Achey ketika dihubungi Astro Gempak berkata dia tidak menyangka lagu ciptaannya untuk isteri, Nur Hasanah Yahaya mendapat tempat di hati peminat.
“Ini percubaan pertama saya dalam bidang nyanyian, saya sendiri tidak menjangkakan akan mendapat maklum balas positif daripada pendengar dan peminat.
“Terima kasih kepada yang telah menyokong saya selama ini dan sambutan terhadap lagu Yang Terindah ini akan menjadi pembakar semangat buat diri saya untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik selepas ini,” katanya.
Lagu Yang Terindah merupakan ciptaan Achey sepenuhnya dan disempurnakan oleh Zimi Sofazr.
Video lirik "Yang Terindah" diterbitkan Sarah Shaber Production dan diedarkan Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd.
Topic Berkaitan
#Achey
#Nur Hasanah Yahaya
#sejuta tontonan
#video lirik
#YouTube
#Zimi Sofazr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan