awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bilalah dapat tengok wajah Bilal' - Penampilan Neelofa gendong anak tarik perhatian

Gempak
Gempak
14/03/2022
01:15 MYT
'Bilalah dapat tengok wajah Bilal' - Penampilan Neelofa gendong anak tarik perhatian
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto pertamanya selepas tamat berpantang bersama Bilal yang diletakkan di dalam kain gendong. -Gempak
SELEBRITI popular Noor Neelofa mengumumkan dirinya sudah tamat menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan bayi lelaki, Muhammad Bilal.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto pertamanya selepas tamat berpantang bersama Bilal yang diletakkan di dalam kain gendong.
“Selesai berpantang alhamdulillah, jumpa doktor kejap.
"Mana bapak budak Spiderman ni, nanti mengikut Bilal balik peninglah ummi,” tulis Neelofa di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian itu lagi, Lofa tampak sihat dan bergaya mengenakan kain gendong dari warna sedondon bersama anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya memuji penampilan Neelofa yang kelihatan cantik dan berseri seusai tempoh berpantang.
Tidak kurang juga ada yang sudah tidak sabar menanti wajah anak sulung kepada pasangan ini.
“Cutenya Bilal duduk dalam tu,” tulis seorang wargamaya.
“Ummi Bilal cantiknya lepas berpantang ni,” puji seorang wargamaya.
“Masyallah ummi Bilal. So cute and pretty,” ujar seorang wargamaya.
“Berseri-seri ye bila ummi Bilal dah habis pantang,” kata seorang wargamaya.
“Bilalah dapat tengok wajah Bilal yang comel ni,” tanya seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 300,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Sekadar info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari 2022.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Neelofa
#Muhammad Bilal
#tamat tempoh berpantang
#kain gendong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan