awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Bollywood Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut cahaya mata pertama

Gempak
Gempak
09/09/2024
04:10 MYT
Bintang Bollywood Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut cahaya mata pertama
Deepika (kiri) sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu. -Gambar fail/Gempak
PELAKON terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Deepika Padukone selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Ahad di Hospital HN Reliance, Mumbai.
  • Deepika dan suaminya, Ranveer Singh, tiba di hospital bersama ahli keluarga mereka, tetapi jurugambar tidak dapat mengambil foto mereka.
  • Deepika mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu dan pasangan itu berkongsi berita kelahiran di media sosial dengan kapsyen 'September 2024'.

Dilihat Bersama Keluarga
Memetik laporan Hindustan Times, bayi kepada aktres filem Pathaan itu dilaporkan lahir di Hospital HN Reliance di Mumbai.
Difahamkan Deepika dan suaminya, Ranveer Singh tiba di hospital bersama ahli keluarga mereka yang lain.
Bagaimanapun, jurugambar tidak mendapat peluang untuk mengambil foto pasangan tersebut dek kerana bintang filem berkenaan duduk di dalam kereta yang dilengkapi langsir.
Sumber turut menyatakan bahawa kehadiran cahaya mata pertama Deepika itu lahir hanya selepas beberapa hari pasangan tersebut dilihat meminta restu di Kuil Siddhivinayak, Mumbai pada Jumaat.
Sekadar info, Deepika sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu.
Pasangan terbabit berkongsi hantaran di media sosial memaparkan pakaian bayi, kasut bayi dan belon dengan kapsyen ‘September 2024’. -Gempak memetik Hindustan Times
Topic Berkaitan
#Bollywood
#Deepika Padukone
#Ranveer Singh
#Anak Pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan