awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Disney Cameron Boyce meninggal dunia pada usia 20 tahun

Agensi
Agensi
07/07/2019
09:01 MYT
Bintang Disney Cameron Boyce meninggal dunia pada usia 20 tahun
Menurut keluarganya, punca kematian adalah disebabkan oleh masalah kesihatan. Foto - Instagram @thecameronboyce
PELAKON Cameron Boyce yang terkenal dengan wataknya dalam filem terbitan Disney ‘Descendants’ disahkan meninggal dunia pada usia 20 tahun.
Kematian bintang Disney itu disahkan oleh keluarganya kepada agensi berita ABC News.
Menurut keluarganya, punca kematian adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.
“Dengan penuh dukacita, kami laporkan bahawa Cameron telah meninggal dunia pada pagi ini,” umum seorang jurucakap yang mewakili keluarga Boyce.
“Dia meninggal dunia dalam tidurnya akibat serangan sawan yang disebabkan oleh masalah kesihatan, yang mana dia telah menerima rawatan perubatan untuk menanganinya."
Sejak kebelakangan ini, pelakon muda itu banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja amal, termasuk menyertai Biden Courage Awards pada Mac lalu anjuran bekas Naib Presiden Joe Biden.
Cameron turut dihormati dengan Pioneering Spirit Award di Thirst Gala pada tahun lepas atas usahanya mengumpul dana sebanyak AS$30,000 (RM124,077) untuk membina telaga yang menyalurkan air bersih di Swaziland.
Bintang itu yang berasal dari Los Angeles, membuat debutnya sebagai pelakon dalam filem ngeri ‘Mirrors’ hanya pada usia 9 tahun.
Kemudian, dia menyertai barisan pelakon hebat dalam filem komedi ‘Grown Ups’ sebagai anak kepada watak yang dilakonkan oleh Adam Sandler.
Namun, Cameron menunjukkan bakatnya dalam siri televisyen Disney ‘Jessie’ sebagai watak bernama Luke Ross yang berlangsung selama 4 musim.
Salah satu filem dibintangi Cameron Boyce, Descendants, terbitan Disney Channel. Sumber: Instagram @thecameronboyce
Susulan itu, dia semakin popular dengan lakonannya dalam filem francais ‘Descendants’ pada tahun 2015 dan 2017.
Berikutan berita kematian Cameron, media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah buat bintang tersebut, kebanyakannya daripada peminat filem Disney.
So saddened to hear about the passing of such a young talented individual. I didnt know him personally but he seemed like a great person. RIP Cameron Boyce. Some things dont seem fair.. this pains me
— Grayson Dolan (@GraysonDolan) July 7, 2019
we all know cameron boyce as the cute disney boy named luke ross. we loved his happiness and also how adorable he was. outside of filming he had a kind heart and was generous to different charities. he will forever be missed by disney channel fans. rip cameron #RIPCameronBoyce pic.twitter.com/2pun0Hzem3
— shawzy szn (@meghan_phe) July 7, 2019
Topic Berkaitan
#Adam Sandler
#Cameron Boyce
#Descendants
#Disney
#Disney Channel
#hiburan
#Hollywood
#meninggal dunia
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan