awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blind dates bukan perkara yang mudah - Son Ye Jin

Gempak
Gempak
20/03/2018
05:39 MYT
Blind dates bukan perkara yang mudah - Son Ye Jin
Ye Jin tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai dalam masa terdekat. Astro GEMPAK
PELAKON Korea, Son Ye Jin, 36, akui belum bertemu dengan jodoh yang sesuai kerana sibuk dengan kerja.
Kata Ye Jin, dia juga masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar sebagai seorang isteri.
“Apabila saya melihat keadaan sekeliling, saya dapati wanita yang sudah berkahwin tidak dapat memenuhi keinginan mereka seperti sebelum ini.
“Menjadi seorang isteri dan ibu merupakan satu peranan yang besar, jadi buat masa ini saya mahu berikan fokus kepada ibu bapa saya.
“Tetapi dalam masa yang sama, saya sendiri rasa masih lagi kurang matang. Ada juga sedikit gusar sama ada saya boleh memenuhi dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik atau tidak,” katanya.
Bagaimanapun, Ye Jin tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai dalam masa terdekat.
“Awal usia 30-an dahulu memang saya akui ada juga cuba untuk mencari jodoh tetapi sekarang saya tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu.
“Rasanya saya belum bertemu dengan lelaki yang sesuai kerana sibuk dengan kerja. Memang boleh diusahakan dengan ‘blind dates’ namun itu bukanlah perkara yang mudah.
“Saya tidak rasa perasaan cinta itu boleh wujud jika dipaksa.
“Bagaimanapun saya tak nafikan sedang menanti jodoh yang sesuai untuk saya,” jelasnya.
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
#blind dates
#jodoh
#kahwin
#kerjaya
#Korea
#lelaki
#Son Ye Jin
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan